Sabtu, 20 Ogos 2011

Nabi Musa dibumi Sinai :

 
 قال الله عز وجل: وشجرة تخرج من طور سيناء تنبت بالدهن وصبغ للآكلين
(سورة المؤمنون آية 20)
       


      Jikalau kita renungkan sejinak-jinak akan kita teringat dan terbuka lipatan sejarah purba tentang bumi sinai semenjak 35 abad yang lalu, sudah tentu kita teringat kepada nabi musa alaihis salam dan keluarganya juga pengikutnya yang sanggup keluar dari bumi mesir menuju ke bumi sinai, padanya beliau bermunajat dengan allah swt dan seterusnya allah bertitah dengannya, seterusnya terdapat beberapa peristiwa lagi yang berkaitan dengan nabi musa dan harun sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-quran.
       
Semasa nabi musa berpindah dari mesir menuju ke sinai dan tiba dibukit surib ketika mengembala kambing mertuanya dipadang pasir sinai.pada suatu hari allah telah memperlihatkan sekelumpuk api yang terapung diudara dengan menyeru: wahai musa lalu ia menjawab,allah bertitah cabutlah kasutmu kerana ini adalah tempat yang suci. ia diutuskan kepada firaun supaya mengeluarkan kaumnya dari mesir. Lalu nabi musa membawa bani israel  keluar dari negara mesir pada waktu malam dengan menyeberangi laut merah menuju ke bumi sinai maka firaun pun mengejar mereka bersama tenteranya, setelah itu beliau memukul laut dengan tungkatnya dan jalur belahan itu menjadi sebatang jalan yang kering boleh dilalui oleh musa serta kaumnya ke seberang, maka firaun sama tenteranya tidak terhenti mengejarnya lalu dia ditenggelamkan setelah laut itu berjantum semula dan menelan mereka.
       
Setelah tiga bulan musa dan kaumnya datang disuatu padang sinai,maka dibumi sinai inilah nabi musa dapat bercakap dengan allah serta menerima kitab suci taurat dalam masa 40hari 40malam.
        
Di waktu nabi musa sedang bermunajat kaum bani israel berada dalam keadaan kelamkabut,maka datanglah seorang dari kaumnya yang bernama musa samiri untok menyesatkan bani israel dengan menyembah patung anak lembu, patung ini dibuat daripada emas kemudian dicampakkan kepadanya kesan tapak kaki kuda yang ditunggang oleh jibrail hingga anak lembu tersebut dapat bersuara,maka dengan keajaiban inilah boleh menarik bani israel kepada kesesatan.


BUKIT NABI MUSA :

Dinamakan dengan bukit sinai tingginya lebih kurang 2000 meter,dipuncak bukit adalah tempat nabi musa bermunajat dan bercakap dengan tuhan,pada tahun 1934 dibina sebuah gereja dipuncaknya,disebelah kirinya terdapat sebuah gua yang dipercayai tempat pertapaan nabi musa.
    
PEPERANGAN DI BUMI SINAI :

Menakala dizaman lampau para tentera firaun melintasi  bumi sinai untok menaklukan suria dan pihak-pihak hiksus,asyuri arab,turky, mereka juga datang melalui bumi ini untok menjejah lembah nil.
    
Adapun dizaman moden bumi sinai juga menyaksi beberapa peristiwa yang tercatat, diantaranya :


Peperangan tahun 1938: Setelah pembahagian palistin dan tertubuhnya negara israel pada tahun 1948, telah berlakunya peperangan yang hangat diantara arab dan israel.


Peperangan tahun 1956: terusan suis sebagai hak milik rakyat mesir setelah amerika syarikat anggan memberi modal bagi projek empangan maka berlakulah perseteruan tiga kelumpuk yang terdiri dari francis,englis,israel untok menyerang mesir. Pada malam 29 oktober bermulalah serangan israel keatas bumi sinai,setelah beberapa jam kemudian englis dan francis pula menyerang mesir,sehingga tentera israel dapat menyerang terusan suis sejauh sepuluh batu dari terusan. sementara itu datanglah campur tangan dari amerika memaksa pihak yang tiga supaya menarik diri,maka musuh-musuh itu keluar dari bumi mesir pada 22 oktober 1956.


Peperangan tahun 1967: Pada hari yang menyedihkan 5 jun 1967 datanglah kapal terbang perang israel menyerang lapangan terbang mesir dan menghancurkan kapal-kapal perangnya, jadi terbuka luaslah bumi mesir menerima serangan yang mendedak dari israel,mereka dapat menjejah bumi sinai dalam masa enam hari sahaja, oleh itu dinamakan peperangan ini "peperangan enam hari" dan mereka dapat menaklukkan tebing timur terusan suis.


Mesir menerima kerugian yang teruk akibat dari serangan tersebut,baik tentera,senjata dan buminya. maka dinamakan tahun dengan kelumpuhan 1967, yahudi pun mulalah menguasai sinai,mereka membina jejahannya,menghalau penduduknya,mengumpul kekayaan minyak,bahan-bahan galian dan memajukan projek pelancungan, menutup terusan suis dari lau lalang dan membina benteng pertahanan yang kukuh, mereka mendakwa bahawa perbentengan ini tidak boleh ditebusi melalui bom-bom nuklear. selepas kekalahan itu mesir mulai mengembalikan semangat dan daya perjuangan dengan membina kekuatan tentera melalui latihan yang berat untok memasuki peperangan serta meleraikan segala jualan yang bertujuan melemahkan kemampuan tentera mesir untok menyeberangi dan memerangi. tetapi presiden muhammad anuar alsadat telah membuat plan bersama tenteranya sebagai suatu plan yang tepat dan berkesan sebelum membuat keputusan berperang.


Peperangan tahun 1973: pada 6 oktober 1973, jam dua zuhur kekuatan tentera mesir mula menyeberangi terusan suis menuju sinai, maka diangkatlah bendera mesir dibumi tebing terusan suis dan membakar bendera israel dari situ tanpa kembali lagi, gugurlah perbentengan yang kukuh dengan kekuatan azam manusia,bukan dengan bom nuklear seperti yang didakwa.